Surau Al Jannah mula dibina pada tahun 2008. Pembinaan surau ini merupakan hasil usaha dari kerjasama antara pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru . Dana bagi pembinaan surau ini diperolehi dari kutipan Jamuan Makan Malam yang diadakan pada tahun 2007 dan sumbangan peribadi Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Menteri Pelancongan ketika itu.
Surau ini dibina di atas keluasan 30" x 30" yang merangkumi kawasan ruang solat, tandas lelaki dan wanita. Nama Surau Al Jannah merupakan cetusan idea daripada bekas Guru Besar SK Sungai Tiang Darat, Encik Tarmizi bin Lop Hashim. Surau ini dirasmikan pada 2008 oleh YB Dato' Sha'arani bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rungkup mewakili Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan